Sembang Santai Bersama Kak Liza







Kak Liza memang popular di kalangan Pelajar Universiti Kuala Lumpur. Kedai makanan beliau memang menjadi tumpuan ramai terutama para pelajar. Note: Kak Liza lebih muda dari saya tapi gelaran Kak Liza ni popular, so we stick to Kak Liza J.

Edisi “Santai Santai” kali ini kami telah bersembang dengan Kak Liza tentang perniagaan makanan 
beliau.

Kak Liza memang bermula dari bawah. Belajar berniaga makanan dari ibu bapa beliau. Tiada pendidikan perniagaan secara formal. Semua selok belok perniagaan datang dari pengalaman. Banyak pengalaman pahit yang beliau alami tetapi beliau masih bersemangat untuk memajukan perniagaan beliau.

Belia bermula dari bawah, dan percaya untuk maju kehadapan, kita harus mempunyai asas yang kukuh. Ini merupakan peringatan yang berguna kepada peniaga-peniaga muda yang ingin berniaga tetapi ingin cepat berkembang tanpa asas yang kuat.

Kak Liza tidak mahu membuat pinjaman untuk perniagaannya. Beliau tidak mahu membayar hutang bulanan kepada mana-mana perkhidmatan kewangan. Sentiment ini ada rasionalnya kerana kebanyakn institusi kewangan hanya memberi pinjaman kepada pihak yang tidak memerlukan bantuan kewangan.

Kak Liza talks about marketing strategy.

Peniaga kecil macam Kak Liza juga ada strategy pemasaran. Tumpu pada pelajar-pelajar university dengan memberi harga istimewa. Rancangan masa hadapan ialah dengan menyediakan khidmat “delivery”.






Kak Liza speaks about supply chain.

Dengan harga yang semakin meningkat, Kak Liza cuba mendapatkan bahan mentah dengan harga yang paling murah dan cepat.






Kak Liza on Human Capital

Kak Liza membayar gaji harian kepada pekerja-pekerjanya. Selain daripada itu, Kak Liza juga menolong para pelajar yang memerlukan pocket money atau makanan harian. Ada Pelajar yang bekerja membasuh pinggan dan di bayar dengan makanan. Ada juga yang di bayar sebagai runner.

Take away


Tanpa pendidikan perniagaan formal, Kak Liza memahami apa itu supply chain, human capital, finance, dan marketing strategy dengan baik. Yang baru mempunyai impian untuk memulakan perniagaan sendiri (start up company), pesanan Kak Liza ialah “Jiwa mesti kental”.

Comments

Popular Posts