Nama dan Penjenamaan
Dua minggu lepas saya telah membawa sekumpulan peniaga yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. saya membawa mereka ke pengeluar telekung. Pengeluar telekung ini merupakan pembekal telekung kepada beberapa jenama terkenal di Malaysia.
Setelah mereka melihat hasil telekung pengeluar tersebut, dalam perjalanan balik, mereka sibuk berbincang tentang jenama telekung mereka, dari nama orang, bunga dan bermacam-macam lagi.
Jenama merupakan satu brand yang amat penting. Ia merupakan branding kepada produk yang akan kita pasarkan. Jenama merupakan ambassador atau duta kita kepada pelanggan dan juga bakal pelanggan. Salah guna nama mungkin menyebabkan product kita menjadi bahan ketawa di pasaran. Lebih menyakitkan jika kita memilih nama yang telah sedia ada di pasaran kerana kita mungkin disaman di Mahkamah. Kita memerlukan publisiti tetapi elakkan publisiti negatif seperti di saman di Mahkamah.
Nama yang baik ialah nama yang senang disebut dan diingati pelanggan. Nama yang unik dapat memberikan impak yang besar kerana keunikan nama dapat membezakan kita dengan pesaing-pesaing yang lain.
Walaupun peraturan umum ialah memberikan nama yang berkaitan dengan product kita, tetapi jangan takut untuk mencuba memberi nama yang unik tetapi tiada kaitan dengan product kita. Contoh "Apple" tiada kaitan dengan komputer tetapi ia berjaya.
Di dalam zaman internet ini, pelanggan selalu membuat carian menggunakan Google. Cuba mendapatkan kelebihan dengan memudahkan nama product kita keluar di Google search. Ini merupakan satu cara yang mudah untuk mempromosi product kita di internet.
Kepada yang banal memulakan perniagaan dan tercari-cari nama yang sesuai, anda mungkin berhadapan dengan masalah ini kerana mencari nama product yang sesuai mungkin lebih sukar dari mencari nama untuk anak anda.
Comments
Post a Comment